Sahabat Ilmu

Rabu, 8 Mac 2017

💊Tazkirah Usrah 003💊

Jangan kita menyangka mereka yang selama ini mendabik dada berjuang Islam selama-lamanya kekal istiqamah, tetapi akhirnya ada juga yang lari terjun meninggalkan perjuangan. Di sinilah kita diajar dalam setiap solat membaca, memahami dan juga menghayati ayat:

اهدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ

“Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.” (Surah al-Fatihah 6)

Kenapa kita mengulang-ulang permintaan yang sama ini setiap kali solat? Apa belum luruskah jalan kita selama ini? Bukan bermaksud begitu. Sebaliknya jalan lurus ini sangat mencabar. Bermacam dugaan di sepanjang jalan, memerlukan bantuan hidayah dan pertolongan daripada Allah sentiasa.

#Tingkatkan ilmu, kefahaman dan amal2 yang soleh sebagai penguat jiwa dan dalaman.
#Mohonlah bantuan Allah swt agar sentiasa istiqamah.
#Lazimkan diri di dalam majlis2 ilmu, majlis zikir, majlis Quran, usrah dan majlis2 yang mendatangkan hidayah dan kekuatan iman.

🐊Ust naim
Teratak Hijau Putih

Tiada ulasan: